Thursday, August 18, 2011

01





`` Wei, cepatlah sikit. Nanti lambat pula sampai sekolah. Kang kena denda lagi. Kau tu dah lah Presiden Persatuan Pelajar. Kena hukum lagi. Memalukan je.” Ken berleter. Ruen yang membuntutinya hanya menggelengkan kepala. Kelihatan kuntuman bunga sakura gugur ditiup angin.
            `` Kalau aku presiden, kau tu apa? Tak sedar diri. Kau kan naib presiden. Dan satu lagi, kalau kena hukum, bukan orang tahu pun yang aku ni presiden persatuan pelajar tu. Kau ni, suka sangat berleter. Macam nenek tua takde laki.” Sahut Ruen panjang lebar. Ken menjegilkan matanya.
            `` Nenek tua takde laki ya? Ni dia nenek tua kau.” Kata Ken sambil meluku kepala Ruen. Mereka saling berkejaran sepanjang jalan menuju ke arah pintu pagar Sekura Private High School.
            Dari jauh, beberapa pasang mata memandang jengkel ke arah mereka. Persahabatan diantara Ruen dan Ken sering kali disalah anggap oleh pelajar-pelajar sekolah itu. Mereka dianggap sebagai pasangan gay. Sering kali juga mereka mendapat jelling menyampah daripada warga sekolah. Namun semua itu mereka ketepikan. Prinsip mereka, hanya mereka yang tahu siapa mereka. Namun begitu, masih ada juga yang memuja kedua-dua budak lelaki ini. Kerana kesempurnaan wajah mereka.
            `` Woiii!!! Kalau ya pun nak berasmara dana, jangan sekarang. Korang tak tengok jam ke?” Ruen dan Ken senyap tiba-tiba bila mendengar tengkingan daripada pengawas yang menjaga pintu pagar. Shinosuke. Ketua pengawas sekolah. Shinosuke memang selalu mencari kesalahan mereka berdua.
            `` Ruen, tiang elektrik ni berbunyilah. Tapi sumbang bunyinya.” Ken membalas kata-kata Shinosuke.  `` Apa masalah kau?” Tanya Shinosuke.
            `` Kau tu yang bermasalah. Bukan aku. Memang hobi kau ke selalu sangat bagi ayat-ayat sinis dengan orang?” Tanya Ken dengan nada menyindir.
            ``  Memang betul kan? Korang memang…”
            `` Memang apa? Gay? Itu ke yang kau nak tahu sangat? Kenapa? Kau pun gay juga ke sampai kau cemburu sangat tengok kitaorang?” tidak sempat habis kata-kata Shinosuke. Pertanyaan demi pertanyaan ditaburkan oleh Ken.
            `` Sudahlah tu Ken. Mari masuk. Jangan layan unta tua yang tak handsome ni.” Ujar Ruen sambil menarik tangan Ken. Memerah muka Shinosuke bila mendengar kata-kata Ruen. Mana taknya, digelar sebagai unta tua yang tak handsome.
            `` Tengok tu. Berjalan masuk pun nak berpegang tangan. Dasar orang bernafsu songsang. Segala-galanya…” tidak sempat ayat itu habis keluar dari mulut Shinosuke, kelihatan sebuah buku tebal melayang dan menyekeh kepalanya. Bagi sesiapa yang tidak pernah melihat buku terbang, itulah yang dinamakan sebagai buku terbang. Tergamam semua yang ada di situ. Shinosuke berpaling ke belakang. Begitu juga dengan yang lain-lain. Kelihatan seorang budak perempuan yang memakai cermin mata bulat yang kelihatan memenuhi ruang mukanya.

            `` Hei!!! Awak ke yang baling buku ni tadi?” Tanya Shinosuke kasar. Di tangannya menggenggam erat buku yang dibaling oleh budak perempuan itu tadi. Pelajar perempuan itu memandang sekilas muka Shinosuke.
            `` Bising. Awal pagi awak membising. Kacau orang lain.” Sambil tangannya menunjuk ke arah sekumpulan pelajar yang berdiri di depan pintu pagar sekolah. Rupa-rupanya, pelajar lain tidak dapat masuk kerana asyik menyaksikan drama sebabak di antara Shinosuke, Ruen dan Ken.
            Kemudian, tanpa rasa bersalah, dia mengambil bukunya yang berada di tangan Shinosuke. `` Awak ni memang nak…” tangan Shinosuke terhayun ingin menampar muka pelajar tersebut. Namun, belum pun sempat Ruen dan Ken berbuat apa-apa, kelihatan tangan Shinosuke dihalang oleh buku yang dipegang oleh pelajar tadi.
            `` Jangan, awak akan dapat susah nanti.” Kata pelajar tersebut. Nada suaranya keras.
            `` Kenapa? Awak siapa sampai boleh buat saya susah? Awak yang akan dapat susah nanti. Awak tahu kan kuasa pengawas di sekolah ni? Kalau saya buat laporan, awak pasti akan dibuang sekolah nanti.” Ugut Shinosuke.
            `` Saya tak kisah.” Sahut pelajar tersebut. Kemudian, dia berpaling untuk pergi. Shinosuke hendak mencapai tangan pelajar tersebut, untuk menghalang pelajar perempuan itu berlalu pergi. Namun sempat dihalang oleh rakan-rakannya.
            `` Jangan. Cuba tengok beg dia?” terhenti perbuatan Shinosuke apabila terlihat beg yang dipakai oleh pelajar tersebut. Ruen dan Ken turut memandang ke arah beg pelajar tersebut. Mereka kehairanan.
            `` Apa yang istimewa sangat dengan beg itu?” Tanya Ken. Semua pengawas yang ada di situ berpaling memandang ke arah Ruen dan Ken.
            `` awak berdua tak tahu ke, logo yang ada pada beg itu. Logo itu milik kumpulan yahuza terbesar di Negara ini. Hanya orang tertentu saja yang dibenarkan memakai logo tersebut.” Terang salah seorang pengawas yang ada di situ.
            `` Aku tak tahulah, apa kedudukan pelajar itu dalam kumpulan tersebut.” Ujar salah seorang lagi temannya. Ruen dan Ken saing berpandangan.
            `` La, aku ingat dongeng belaka. Kenapa si botak tak bagitau kita?” Ken bertanya pada Ruen.
            `` Entahlah. Si botak tu dah tua. Dia lupalah agaknya tu.” Ujar Ruen sambil ketawa kecil. Kemudian mereka melangkah meninggalkan kumpulan pengawas yang masih terpinga-pinga dengan kata-kata mereka itu.